Friday, March 25, 2011

Deklarasi 23

Assalamualaikum.

Dua hari yang lepas bermula lah deklarasi 23,
apa yang aku carutkan ni?

please wait...

until mission possible
bring it on baby ^^,

Sunday, March 13, 2011

Sebak.

Assalamualaikum.

Sejak dua tiga hari ni aku lost.
Sebab tu dah lama tak update blog, ecece
HAHA
I spent my time on reading some books recently
somehow I felt more closer to Him
thanks for taking care of me.
I know without You by my side
I can't go on anymore
thanks for the strength
terima kasih kerana sentiasa sedarkan aku
dan ketuk pintu hatiku untuk mecari Mu.
couldn't ask for better.

I see someone has ' knocked ' by You.
Alhamdulillah.
Wish her to be strong along the way.

In Islam, there are no coincidence, its fated.

Monday, March 7, 2011

Aku dah bertunang 5 tahun

Assalamualaikum.

Start aku nak tulis blog, mama panggil suruh pergi kedai.
memandangkan hari nak hujan, so aku drive-lah pergi kedai
( ala, hari tak hujan pun aku bawak gak kereta, ye-lah takkan gadis seperti aku nak berjalan kaki *bunyi macam budak spoil)
balik dari kedai buat sambal belacan
kepada future husband, jangan risau, I dah master buat sambal belacan, (hahahaha) ehem ehem

hari ni aku nak cakap pasal cincin

apehal aku nak cakap pasal cincin ni? adakah aku telah discover satu gua dipenuhi emas dan ingin menjalankan perniagaan menjual cincin? No, no.

Semua orang tahu, kalau orang yang bertunang, perempuan tu akan pakai cincin kat jari dia.
tandanya laki tu dah book perempuan tu-lah
tapi tak bermakna anda tak boleh cuba untuk mengorat perempuan tu
kot kot la teringin nak kena belasah dengan tunang dia
test-lah
lepas tu boleh cerita dalam blog, hahahaha

tapi adakah semua orang yang memakai cincin dah bertunang?

adakah ini bermakna aku telah bertunang sejak F1 tanpa aku sedar
siapakah tunangan yang bertuah itu?
aku kena kahwin paksa?
ohh, tak sangka
seperti drama drama korea yang aku suka tengok
adakah bakal suami aku ialah seorang yang aku benci
( aku mula risau )


hari tu kawan aku datang melawat kat rumah
nampak je tangan aku, terjadi dialog;

S ; wey, kau dah bertunang? (sambil tunjuk cincin dengan keadaan terkejut)
aku ; a'ah, ni cincin tunang sebelah ni cincin kahwin ( aku pakai dua cincin)
S ; ish, ye ke? (muka gelabah takut kena belasah dengan suami aku)

tak sangka aku dia begitu lurus _________________;;

selalu gak aku kena macam ni,
soalan common
kadang kadang aku iye kan aja,
soalan soalan ni buat aku rasa tak sabar pulak nak bertunang
okay-lah, future husband cepat hantar rombongan,
lagi tujuh tahun kita kahwin
( berangan rob patt hantar rombongan )
lalalalalala.

Passion makes the world go round. Love just makes it a safer place - ICE T

Sunday, March 6, 2011

Kak Limah Dah Sampai.

Sedang nak tulis post ni, aku bukak tb, lagu John Legend, (dalam hati aku, what the hell-o John Legend beromen depan aku ni, tak senonoh ) aku ni-kan bermentaliti kanak kanak, mana suka tengok lucah lucah ni.

Walaupun dah basi, blueeekk!
( yela, selalu benda basi ni buat kita rasa nak muntah)
aku nak cakap gak pasal cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.

mula mula dengar nama tajuk filem ni
aku yang sememangnya tak berapa minat sangat filem melayu yang berbunyi pelik tajuknya
macam err,
tapi, tapi
bila aku dapat tahu ni sambungan filem zombie kg pisang
dan pengarahnya
hasan mutalib, eh, eh, salah
mamat khalid
aku pun terbuka hati nak tengok cerita ni.

siapa yang belum tengok tu,
ni bukan cerita hantu pun,
tapi masa mula mula aku tengok
ada part awie tegur kat limah di tepi tingkap mendongak ke langit tu,
pergh
cara dia tonjolkan kak limah tu bapak seram
ye-lah, tak seram pun sebenarnya
aku je yang penakut, lagi lagi aku tengok midnight movie dengan aunty-aunty aku

tapi yang sampai sekarang yang boleh dikatakan HEBAT pasal filem ni ialah
USOP!!!!
influence dia dalam filem ni boleh dikatakan contagious
hampir semua orang nak bako je

ayat famous dia ;

" Kita bako je.."
" Nampak sangatnya menipu.."
" tu-lah, dulu tak pentingkan english edution, sekarang dah bengap macam ni semua nak awok tolong..."

hinggakan adik aku dan mak aku
terpengaruh dengan si usop ni,
gaya tangan dan gaya cakap
adik aku jangan cakap ahh, bukan main pro
aku pun kadang kadang terlibat ( biasa-lah kanak kanak mudah terpengaruh)

satu lagi ayat famous oleh penduduk kampung pisang yang busybody ;

" Cecita, cecita (singkatan, cuba cerita) "

tapi bila cerita ni bagitahu yang kak limah ni gila
aku terus dapat agak Che' Nin tu hantu
ye-lah, kau pernah ke tengok dia cakap dengan bapak dia?
lagi satu si Ayu tu pun aku dah agak dia hantu,
mana la ada ada awek cun yang nak tegur orang tengah malam tepi semak,
sheesh,
kalau aku buat bodoh je.

Apa apa pun tak rugi pun tengok cerita ni,
Tengok tau! Tengok tau! Kalau tak, aku bako rumah kau, siapa setuju angkat tangan mcm usop!



The greatest discovery of my generation is that a human being can alter his life by altering his attitudes of mind - WILLIAM JAMES

Saturday, March 5, 2011

Garang.

Assalamualaikum.

Marah, marah, PMS ke youu?

aku ni jenis garang
kaki
lecture
kaki rasa nak pukul (tak sama dengan kaki pukul, ni rasa je)
tapi tapi
ini hanya berlaku
kepada kaum yang rasa kaum dia je yang reti tukar tayar
dan perempuan itu lemah
jarang aku nak garang garang dengan kaum yang comel lagi adorable ni.

Ya, memang aku diskriminasi,
misalnya perbualan ni (baru berlaku sangat fresh)

aku ; helo
mangsa ; helo
aku ; hahahahhahahahaha (gelak secara tiba tiba dengan cara pelik)

(ada la lagi benda aku cakap, last, last baru aku tau orang yang call aku tu bukan orang orang yang aku sangka, orang lain rupanya -.- )

aku ; kau nak apa?
mangsa ; aku bla bla bla bla (bajet suara manja nak kena pelempang)
aku ; apesal kau tergedik gedik dengan aku ni haa?
mangsa ; ala, jangan lah garang!

sekejap jadi peramah terus jadi garang
-.-'
apelah aku ni
aku bukan sengaja jadi garang
automatik.

kesian jugak dekat mangsa tengkingan aku ni,
maaf ya,

atas perangai aku yang pelik ni
aku dapat nama jolokan yang agak popular
" makcik garang "

ye-lah, aku cuba untuk tak garang lain kali.
(macam boleh je, pfftt)

I'm just a person trapped inside a woman's body - ELAYNE BOOSLER

Friday, March 4, 2011

Anak Youu.

Assalamualaikum.

Satu Malaya tahu,
biasanya budak yang baru habis SPM ni,
ada tiga benda penting dia kena buat;

1. tidur puas-puas
2. nak lesen! nak lesen!
3. bersidai di tempat kegemaran remaja yang tidak mempunyai perancangan semasa

aku pun dah buat ketiga tiga perkara di atas
hahahaha
ada kawan aku yang dah sambung belajar ( secubit jeles)
ada kawan aku yang kerja
tapi bagi anak gadis yang adorable dan cute seperti aku ( ye, aku perasan)
lagi senang bersenang angkat kaki
dan berlari keliling rumah walaupun rumah teres tak besar mana

sebenarnya bapak aku dan sekutu kutunya (makcik aku)
dah saiko aku habis habisan
akhirnya aku terpedaya (akukan kanak kanak yang mudah terpengaruh)
jadi aku lagi suka duduk rumah menghabiskan masa yang tak akan ulang balik
tapi tak ada-lah aku 100% membazir masa

ada-lah perkara yang bermanfaat aku buat
tak nak-lah cerita
riak tak pasal pasal (shuhh, shuhh, jauhkan)
akukan
humble lagi down-to-earth
hahahaha

aku naik sensitip pulak bila jiran/ kawan mak bapak aku
tanya
" anak you buat apa sekarang?'
mak aku ;
" oh, amik lesen bla bla bla"
atau (bila dia mood tak baik)
" tidur je kerja dia"
tapi kalau bapak aku ada satu je jawapan dia (ni bapak tak back up anak) ;
" buat taik mata..."

bapak aku memang suka memalukan aku
walaupun tak salah pun
statement dia
-.-'
tapi sudah pasti imej aku sebagai anak dara yang periang dan rajin
terjejas
( okay pernah ke aku ada imej ni, keliru, keliru, err )

tapi satu benda yang paling aku dambakan
bukan emas
bukan permata
bukan kebebasan

tapi

duit belanja -_-

We make a living by what we get, we make a life by what we give - SIR WINSTON CHURCHILL