Saturday, October 11, 2014

Buat apa yang kau suka.

Assalamualaikum.

Tahu tak, suka?

Aku rasa suka ni perkataan yang di-underrated. Sebab orang selalu cakap apalah suka kalau nak bandingkan dengan cinta. Tapi aku lagi suka guna 'suka'. Cinta tu macam high-class sangat.

HAHAHA. *apa yang aku nak sebenarnya ni*

Pada aku suka tu salah satu nikmat. Sebab suka ni is already a positive feeling and it invites other positive feelings as well at the same time. Right? Suka boleh buat kau rasa happy, excited, sincere, enjoy etc.

Dan apa yang paling aku suka adalah menulis.

Aku tak sedar sangat pun aku ni suka menulis, tapi tiap kali aku menulis tak kisah apa apa crap pun, aku akan rasa lega and puas. Aku sangat sangat sedar my writing skill sangatlah sucks. I write better when I was younger. Maybe sebab aku tak belajar bahasa dah, so my style of words more to simple words. Walau apa pun aku rasa I should cherish this sebab ini benda yang aku suka buat, so se-sucks mana pun aku, aku patut just continue writing craps. I will not give up on this thing as long it makes me happy. Writing is my kind of therapy. Especially when I'm sad, writing can heal me. One of the reasons sebab aku tak suka cerita apa apa kat orang and as a normal and typical human being, aku kena lepaskan jugak just to shake off the burden. Even sebenarnya aku bukan tulis pun apa masalah aku like I said I just write craps tu pun dah boleh lega tau. HAHA.

Tu lah, kalau korang suka buat something cherish lah benda tu and never give up walaupun kau sucks. As long tak against suruhan Allah. Tapi apa apa pun kena realistic lah. Suka pun berpada pada.

So again, CHERISH THINGS THAT YOU LIKE! Tak kisah lah hobi, barang or even orang! And don't ever give up.

:)


Tuesday, October 8, 2013

Dasar Perempuan.

Assalamualaikum.


Sentimental.
Adjective
1.      Of or prompted by feelings of tenderness, sadness, or nostalgia: "she felt a sentimental attachment to the place creep over her".
2.      (of a work of literature, music, or art) Dealing with feelings of tenderness, sadness, or nostalgia in an exaggerated and self-indulgent...

“Kakak ni tak boleh nak marah. Sentimental. Nanti menangis pulak”. –Abah

Sejak kecik, selalu lagak kasar.
Kawan baik lelaki lagi ramai drpd perempuan.
Paham lelaki lebih daripada perempuan.

Tapi

Makin besar, hati perempuan tu makin develop.
Perasaan dah lebih dari satu.
Gedik gedik pun belajar sikit.
Yg paling parah, sifat sentimental.
Setakat ni, tu perasaan yg over-developed.

My heart easily got overly attached to something.

Jadi, benda benda persis perpisahan, berjauhan tu agak sucks.
Tak gembira bila dah suka sesuatu pekerjaan tapi kena tinggalkan.
Rasa tak mahu tertinggal apa apa.
Ketawa, menangis, gurauan yang bakal tiba.
Sebab bila aku balik nanti, semua tak akan sama.
Masa akan reset semua perasaan kita semua, seolah olah kita tak kenal.

Janggal.

Orang dulu tak akan ada.
Entah bila lagi jodoh nak berjumpa.
Gusar juga kalau semua ini hilang macam tu.
Macam tak ada apa-apa.
Sedangkan aku rasa suka, gembira.

Jangan lupa aku.

xoxo ; pelangi.



Saturday, March 16, 2013

Mimpi lain

Assalamualaikum.

Ye
malam semalam mimpi lagi
tapi orang lain
sejak dua menjak
mimpi org org yg jauh
jauh as in
we're not talking to each other anymore

yang lagi sedih
semua mimpi tu
we're still not talking to each other

wtv.

tapi
mungkin ini petunjuk

aku perlu buat sesuatu.

And I did.

sejuta kekuatan aku kumpul
senipis nipis ego aku pijak

aku dapat balik apa aku nak.

:)

walau aku marah
sakit hati
tak pernah terima
apa kau buat

fakta kita kawan
dah separuh dari umur aku sendiri

yes, thankful for that.

bullshit to ego.
cheers.

xoxo ; pelangi.



Tuesday, August 28, 2012

Pandangan Sisi Seorang Bernama Senior

Sepanjang kenal juniors aku, aku belajar never heard runours.

Assalamualaikum.

Aku bakal memecahkan tradisi ke-senior-an yang selama ni berkubu kuat.
This post may be the absurd post for a senior to write.
I'm going to tell you about my juniors.
The juniors that I really proud of.
Firstly, "my juniors" totally refer to my junior dorm 2009. I'm not the kind of senior yg suka menyendeng dekat juniors tiba tiba. Tiba tiba takde kaitan boleh rapat pulak. A big NO.
Aku pun tak suka jadi orang yang menyendeng nyendeng ni. Totally not my style.

Okay, macam nak terkeluar tajuk.

Back to the topic.

2009 was my senior year ( form four). So automatically, the fourth former would be bersepah sepah dekat every floor. And form yang paling aku taknak jaga was form 3. Sebab aku tahu, jadi senior form 3 ni bukan senang.

So, kat sini aku nak bubarkan The Law Of Attraction (siapa yg taktahu boleh google and read about it). The reason was I got what I didn't want.

Ditakdirkan jugak, mengikut poll senior senior f3 Topaz masa tu, my juniors dorm lah yang paling nakal.

Mula mula aku tak ambil kisah pun. Buat je la kan hal sendiri. Sampai lah the moment when aku pulak dapat jadi dorm leader. During f3 aku selalu bagitahu orang, I want to be a dormleader tapi aku taknak jadi prefect. Ya Allah, tak sangka doa aku jadi kenyataan. Alhamdulillah, I guess that was a gift from Him. Even Farah Hanida came to me, and recall balik what I'd said masa f3.

Dah lama kenal kenal juniors aku ni, Ya Allah, nakal memang betul tapi satu benda yang paling aku puji was diorang sangat respect aku. And and the same time kitorang rapat. Ye la, kalau kau dah jadi dormleader it was your responsibility untuk tahu semua hal budak dorm. Apa guna pegang title dormleader tapi takat buat dorm tu untuk tidur.

Then aku belajar. Senang je sebenarnya nak earn respect. Just respect them back. Masa tu lah bond senior and junior sebenarnya boleh di-break-kan. Screw wey seniority tu. I hate it now.

And be a good senior. Tu pun sebenarnya kerja senang. That's when junior kau rasa kau ni senior yang reliable. And bila kau nak tahu junior kau start to be comfortable with you? When they start to share their problem and always being honest with you.

Aku taktahu la untuk senior lain macam mana, but junior aku selalu open dengan aku. When they have problems they tell me. Even masalah antara batch, antara best friends and even antara seniors walaupun seniors tu batch aku. And jadi responsibility aku jugak untuk keep every conversation a confidential and tolong kalau boleh. Nak tolong pun kena pandai jugak, ada banyak jenis tolong, tolong simpankan rahsia, tolong bagi nasihat, tolong selesaikan. Tapi JANGAN sesekali tolong BATU kan API. Sebab itu la antara punca kenapa senior dengan junior susah nak baik. Ada senior yg tak boleh dipercayai bila junior try to be open with them.

Yes, aku tahu, friendship tu penting, but keeping a secret also penting.

Cuba kau fikir, kenapa at first junior tu being open with you. Secara basic nya yang lain dan tak bukan, mesti lah sebab dia trust kau. Okay, cuba amik persepsi sebagai seorang kakak. Ye, mesti ada yang respon euww nya nak jadi kakak kepada junior. Per-setan-kan semua tu. Jadilah seorang kakak kepada semua junior. Tak rugi pun wey sebenarnya. Berbalik kepada persepsi, kalau seorang adik mengadu masalah dia dekat kakak, so biasanya kakak akan bagi nasihat or comfort her la kan? Macam tu la konsep dia. Bukan nya canang kat semua orang problem dia. Tula kadang kadang THE BIGGEST SENIOR'S PROBLEM.

Then kalau dia kutuk kawan kita, takkan nak buat bisu je? Memang la, kadang kadang ada rasa tak puas hati, tapi responsibility jugak jadi orang tengah untuk jernihkan kekeruhan. Kalau ada benda tak betul, betulkan la. Contohnya, kalau diorang ada isu dengan prefect skema, cakap jela dah memang kerja prefect jadi skema, so korang kena pandai pandai la sendiri, kalau kantoi salah sendiri, yang skema tu tak boleh nak buat apa la, kita kena paham jugak.

See, nampak tak menegur cara berhemah? Tak payah pulak la kita sibuk nak ngadu dekat prefect skema pasal apa yang diorg cakap.

Satu lagi, pasal back up junior. Tak semestinya seorang senior back up junior bermakna apa apa. Tapi memang sestengah benda kita kena jaga kepentingan diorang jugak. Macam contoh handphone, memang semua budak dorm aku bawak phone termasuk senior diorang sekali, prefect atau tidak. Pengakuan, lulz. Selalu jugak kawan prefect aku tanya ada ke tak diorang bawak, tapi aku jawab je ENTAH. Sebab setakat yang aku nampak la, tak ada harm dekat diorang. Tak ada yang malam malam buta duduk bergayut (okay tu selalu aku yang buat, HAHAHAHAHA). Sebab aku tak galakkan jugak diorang tidur lambat, tapi nasib baik diorang memang stok stok yang tidur awal. Dorang selalu guna time free, nak call mak ke apa ke. Kalau aku nampak, aku advise jugak apa apa yg perlu, jangan obvious sangat ke, etc.

Stay up. Kadang kadang dorang ni suka stay up. So apa salahnya sebagai senior bagi pinjam katil memandangkan tempat aku terang. Aku bagi je diorang duduk atas katil buat homework ke baca ke kadang kadang gosip pun aku bagi atas katil aku sebab aku pun join sekaki. Kawan sebaya aku pun tak kisah bab bab bagi pinjam katil ni. Diorang kata nak tumpang kitorang bagi je. Kadang kadang nak tidur pun bagi je. Takde hal. Takat tumpang tidur tak buat kemusnahan pun.  Takkan pulak tercalar ego seorang senior. Diorang nak pinjam phone aku pun, aku bagi. Still, takde hal.

Lagi satu moment yang paling menakutkan. Lepas PMR. Sebab aku pun pernah duduk dorm yang perangai macam setan lepas PMR, so aku takut jugak apa yang akan jadi kat dorm aku lagi lagi tahun tu kalau ada dorm kotor kena naik dorm masa tengah makan tu jugak. Memang kadang kadang ber-naik hantu jugak aku. Haha. So, sebab kitorang dah berada dalam komuniti yang respect each other ter-SANGAT SANGAT la SENANG nak cakap dengan diorang.

Taknak buat duty takpe, jaga katil masing masing duty yang obvious macam duty langsir pandai pandai la sumbat and siapa yang last pandai pandai tutup kipas dan lampu. And paling penting jangan buat nama dorm naik. Tu je. Kalau kau tolong aku, aku pun tolong korang.Sebab nanti aku jugak kena tolong prefect susun diorang duduk mana, time ni la aku tengok mana yang sesuai.

Mungkin sangat unbelievable tapi diorang actually nampak la effort jaga diri sendiri ni. Pernah je nama dorm aku naik sebab sampah and katil senget blablabla. Tapi aku cool je, sebab sampah memang aku suruh junior bawah buat sebenarnya, so cincai cincai jela. Katil biasa nya prefect je overly skema. Sorry prefect, haha.
And sebelum keluar dm tu jugak ada few people yang effort cakap sorry dekat aku. See? I was talking about junior f3 tau lepas PMR lagi. Cakap sorry dekat f4. Ada tercalar ego seorang junior? Takde pun. Lagi aku respect diorang for their action. Even demerit pun, aku balik kelas ada terselit note sorry from duty last. Gila hebat tak junior aku? Mana aku tak sayang, haha.

Aku buat jugak sistem ketua bay dalam dorm tu. Ketua dorm among them. Benda ni pada macam satu effort nak semat rasa responsibility kat masing masing. Aku ingat lagi, aku bagi Zuzu and Syira jadi ketua sebab apa pun aku tak ingat. Haha. Tapi they've done great! Bagus and everything. Memang aku puji dua orang ni. Sangat beriyer. Aku ingat kalau la ditakdirkan dorm aku dapat cleanest time tu memang aku akan bagi diorang dua antara yang naik dulu. Tapi malangnya tak dapat pulak. Sebab tula, time aku f5 bila aku dengar orang cakap Zuzu and Syira tu kaki lecture, sikit pun aku tak kesah. Sebab diorang dah jadi junior yang baik. Pada aku, seorang kaki lecture hanya layak jadi kaki lecture kalau kau dah jadi junior yang obedient kat senior kau dulu. Baru boleh dikatakan fair walaupun still kaki lecture tu tak elok. And kalau aku dengar junior yang kurang ajar taknak dengar cakap senior dorm mesti aku akan gunakan diorang sebagai example. Baru f1, baru f2 rebel dengan senior, diorang masa f3 nakal nakal pun dengar cakap senior. Nampak tak? Bengang betul aku budak setahun jagung ni.

Senior mana yang tak terharu, junior diorang still ingat birthday senior dia even dah setahun berlalu. Aku ni pulak yang lupa birthday diorang. Haih.

So, sekarang ni diorang pun dah besar, dah keluar sekolah, dah masuk universiti, ada yang dah fly pun. Lepas dengar achievement diorang, sumpah sikit pun tak hairan sebab aku tahu dorang mesti akan bagi result gempak. Masa baca kat news feeds pasal apa diorang buat sekarang, terasa sebak kat hati tiba tiba, keluar perasaan bangga macam mak mak. Aku taktahu apa pasal tapi, rasa bangga untuk diorang.

Ni antara junior aku, Adib. Conversation ni masa baru lepas lepas result diorang keluar. Baca la apa yang dia aim tu. After a few months, aku bukak facebook tengok dia update info dia went to KMB. Memang rasa bangga gila aku kat dia. Ikhlas wey, aku taktahu macam mana keluar perasaan mak mak dalam diri aku ni. HAHAHAHA.

So, walaupun aku tahu tak akan ada juniors aku yang akan baca post ni. Tak payah baca pun tak apa sebenarnya sebab memang aku rasa awkward puji puji junior aku ni. Untuk orang lain la baca, macam mana nak jadi senior yang baik and belajar give and take. And tak bermakna kau senior kau perlu jadi ego macam nak mampus.

So to, Munirah (Missy), Ieqah, Nasha, Farah D, Tasha, Faiz, Umi, Syira, Zuzu, Adib, T-sam, Tini, Mak, Nadia and siapa lagi aku tinggal mohon maaf, haha, good luck korang, jadi lah orang yang berguna, haha :)



Saturday, June 2, 2012

Dihempap karma.

Assalamualaikum.

Disebabkan hari ni ada seseorang mengaku dia pernah menjadi sesuatu yang aku amat tak suka
Jadi aku teringat satu peristiwa dulu
Yang buat aku bergaduh boleh dikatakan tahap gila babi
Yang buat aku amuk
Yang buat aku benci
Yang buat aku maki lagi teruk dari babi
Menyumpah nyumpah sambil airmata mengalir

Dia kawan baik aku
Siapa yang tak sayangkan kawan baik kan?
Jadi atas tiket sayang aku jadi marah
Aku tak nak kawan baik aku binasa
Aku nak dia sihat
Dan jadi orang yang berguna

Bila aku mula menegur
Dia tepis
Aku tinggikan suara
Kata aku bebel
Jadi aku maki
Seperti manusia biasa
Maki dibalas maki
Sumpah dibalas sumpah

Apa yang dia sumpah?

KARMA.

Tahniah buat dia.
Memang sentap bila disepak realiti.


Monday, May 21, 2012

Pekakkan telinga lancangkan mulut.

Assalamualaikum.

Pernah menjadi seorang yang puitis dulu.
Dan masih lagi puitis walaupun dah tak ada lagi hasil baru.
Baru aku sedar.
Sikap seorang pemuitis.
Melalui puisinya, kita tahu dia nak menceritakan sesuatu tapi
kita tak dapat faham secara terus.
Ingin berkongsi tapi ego.
Makin susah nak faham puisi makin besar egonya.
Hendak meluah tanpa dapat simpati.
Hendak mengeji tak mahu dikeji.
Kalau pendam rasa seksa.
Macam batu tersekat di dada.
Nak jerit tapi kotak suara tak nak.
Rasa nak marah tapi mengarut.
Meronta ronta dengan diri.

Kadang kadang rasa bagus tampar diri sendiri
dan pengsan sampai rasa diri sedia nak bermuka tembok.

Satu kepuasan bila apa yang hendak disampaikan
tak dapat difahami orang lain.
Betapa nak tunjuk,
kau adalah kau, aku adalah aku.

Macam sadis.
Memang.

Monday, November 28, 2011

mood swing

Assalamualaikum :)

currently lying on my bed in my room
first time update blog while in here

so apa nak cakap hari ni?
i miss to write kot
but i don't know what to write
the idea is there
but too lazyyyyy...haha, big butt.

i missed my sister :'(
yes, it's hard having a sister
because your love is undivided
and only for her only her
no other sis or bro

then, i unpack my stuff
found my sis's yakult
yesterday she keep it in my bag when her stomach already full
i text her..

k: adik, yakult kau semalam -.- ntah basi dah kot
a: errrrkkkkk
k: ni boleh minum lg tak?
a: basi ke tak basi, yakult tetap bacteria
k: -..-

hahha
she is damn funny
wait when I get home
the I lenyek lenyek her like mashed potato! Hee.

blood is thicker than water
xoxo ; pelangi

Wednesday, November 9, 2011

i am not me :/

Assalamualaikum

betul lah apa orang lain cakap
once dah post something, you tend to post again, LOL

i am reading again my blogS
and i realize how much i changed
i miss the old me
i dont know what isit
but i just miss me *like seriously, in tears*

the old pelangi
that could make people happy
that could erase all the sorrow
that could be depended on

now,
im being too weak
not as cheerful as before

im sorry
i guess time really changed me
if i could be the same person again
i will try hard to be a good friend

i am still pelangi
but
the 'modified' one :)
call me when you need me, xoxo.

see the one of the old post of mine, from the other blog ;

saat berdetik laju.

seperti yang aku sangka, hambar semuanya. dikala tangan menyusun, setiap sentuhan keatas sesuatu memancarkan 1001 kenangan. kolam air mata penuh, hampir banjir. teringat peristiwa lama. ketawa dalam tangisan. benci untuk kenangkan namun makin kerap ini berlaku bila aku cuba elak. bermain-main perasaan gugup di akal fikiran, keyakinan tergugat, semangat makin malap, kemampuan aku diragui hati, haruskah aku meneruskan perjalanan ini, yang makin sukar, yang makin banyak laluan keliru, mungkin suatu hari nanti aku akan sesat dan hanya berdiam diri. mengharapkan esok tak akan ada. supaya laluan itu hilang selamanya.
mengarut ; pelangi
they lie, dont listen to them, only listen to yourself :)


ps; that is so me :)



three seasons.

Assalamualaikum :)

yehaaaa!
let us check the last post,
ye, dah habis semester 1 baru aku update blog ni
being foundation kids is damn stress and hectic
i found that this place is the most stressful ever unlike any other place

i have been thinking over and over again,
whyyy maaannn? T_T
why did i ever think to be part of the family..

desakan keluarga? Nope, my family never force me to make this decision
so, whats the catch this time?
hmm.. *thinking real deep*

am I regret?
not really,
O Allah, you will give me a chance right?
I still believe I can do it
please let me hold to the feeling
dont ever let me give up

why does life have to be so difficult?
because there always rainbow after the rain
InsyaAllah :)

Wednesday, May 18, 2011

Peristiwa peristiwa penting

Assalamualaikum.

HEHEHEHEHEHE *feeling mischievous at the moment

The time has come! Masa untuk kita semua mengemas barang barang dan blah dari rumah
Heh -.-'
I left my home for five years and now I have to move, again! Maaaann.
So, nothing will be new except the fact that there are a lot of freedom. A LOT as in TOO MUCH.
O Allah, please save me from the TOO MUCH temptations.
I don't want myself to take this thing for granted.

Sometimes I hate freedom.
And sometimes I was grateful that my mom was strict with me. Thanks Ma.

Melihat tajuk post ni, aku sebenarnya dah lupa apa yang aku nak tulis.
Hmmm.

Oh, I was going to say that I'll miss my friends.
T____________________T

Kejut kawan kawan waktu pagi.
Makan sambil berkecoh dengan sengaja.
Buat gila dalam kelas.
Usha orang 'head-banging' HAHAHAHA.
Gossip dan 'post-mortem'.
Menangis sama sama, ketawa sama sama.
Stay up sampai mata macam panda dan masuk kelas macam orang on drugs.
Sindir menyindir satu sama lain.
Berlari lari sebab nak uruskan masalah pasal batch.
Jumpa kaunselor sampai terlajak waktu adddmath -.-' seram kot.
Malam malam lepas overnight cerita pasal rancangan tv yang terbaru.
Menjadi pendengar setia walaupun tak boleh sangat membantu.
Belajar sama sama tanya apa tak faham, aku suka study group!

Walaupun ayat ni macam pelik
Hermanas 0610 lah yang banyak buat aku menangis, ketawa, good mood dan bad mood.
Yang kadang kadang buat aku tersenyum tanpa sebab *ayat macam angau.

TERIMA KASIH.

AKU SAYANG KORANG dan harap dapat jaga semua orang walaupun dah jauh.

FRIENDS. WE CHOOSE EACH OTHER. nurizzati.

Sunday, May 15, 2011

baby baby baby L O V E

HAPPY BIRTHDAY J <3
^^,
your mysterious eyes
make me fall in love with you hundred times

HEHE

Love ; your diehard.

Tuesday, April 5, 2011

OTW Masuk Wad

kepala aku tengah bercelaru memikirkan masa depan yang hampir tiba,
(kau tengok ayat aku pun dah macam tak betul)

ohh, lima hari lepas merupakan hari pembesaran aku secara rasmi yang ke 17+1 tahun
no, no, no,
bukan 18 tapi 17+1
kenapa jadi macam tu sebab aku tak sedia nak membesar lagi
korang mesti tak tahu kan?
jadi dewasa ni bukan sesuatu yang kita inginkan sebenarnya
biarlah aku dewasa mengikut masa yang sesuai
bukan sebab umur
( apa benda la yang aku mecarut ni, sendiri pun tak faham -.-')

anyway,
lama nooooo aku tak update blog ni,
aku pergi bertapa jap ohh

sekarang ni bulan 4,
ya, aku sedang botak kepala memikirkan apa yang bakal menimpa aku
lebih specific-nya, nak sambung belajar
aku dah buat perancangan sebelum keluar result
tapi dua dua rancangan tu menjerumus ke arah yang sama
gila coolio tak aku? haha,

mula mula ingat nak cabut,
tapi aku rasa nak stay la pula,
hmmm,
ni-lah antara kesulitan menjadi dewasa
BUAT PILIHAN

ish, bengang pulak aku bila tak boleh fikir,
haha, tak apa, usaha, doa, tawakal
i believe in that, insyaAllah.

God' love letter ; Maka sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan. Cool haa? ^^

Friday, March 25, 2011

Deklarasi 23

Assalamualaikum.

Dua hari yang lepas bermula lah deklarasi 23,
apa yang aku carutkan ni?

please wait...

until mission possible
bring it on baby ^^,

Sunday, March 13, 2011

Sebak.

Assalamualaikum.

Sejak dua tiga hari ni aku lost.
Sebab tu dah lama tak update blog, ecece
HAHA
I spent my time on reading some books recently
somehow I felt more closer to Him
thanks for taking care of me.
I know without You by my side
I can't go on anymore
thanks for the strength
terima kasih kerana sentiasa sedarkan aku
dan ketuk pintu hatiku untuk mecari Mu.
couldn't ask for better.

I see someone has ' knocked ' by You.
Alhamdulillah.
Wish her to be strong along the way.

In Islam, there are no coincidence, its fated.

Monday, March 7, 2011

Aku dah bertunang 5 tahun

Assalamualaikum.

Start aku nak tulis blog, mama panggil suruh pergi kedai.
memandangkan hari nak hujan, so aku drive-lah pergi kedai
( ala, hari tak hujan pun aku bawak gak kereta, ye-lah takkan gadis seperti aku nak berjalan kaki *bunyi macam budak spoil)
balik dari kedai buat sambal belacan
kepada future husband, jangan risau, I dah master buat sambal belacan, (hahahaha) ehem ehem

hari ni aku nak cakap pasal cincin

apehal aku nak cakap pasal cincin ni? adakah aku telah discover satu gua dipenuhi emas dan ingin menjalankan perniagaan menjual cincin? No, no.

Semua orang tahu, kalau orang yang bertunang, perempuan tu akan pakai cincin kat jari dia.
tandanya laki tu dah book perempuan tu-lah
tapi tak bermakna anda tak boleh cuba untuk mengorat perempuan tu
kot kot la teringin nak kena belasah dengan tunang dia
test-lah
lepas tu boleh cerita dalam blog, hahahaha

tapi adakah semua orang yang memakai cincin dah bertunang?

adakah ini bermakna aku telah bertunang sejak F1 tanpa aku sedar
siapakah tunangan yang bertuah itu?
aku kena kahwin paksa?
ohh, tak sangka
seperti drama drama korea yang aku suka tengok
adakah bakal suami aku ialah seorang yang aku benci
( aku mula risau )


hari tu kawan aku datang melawat kat rumah
nampak je tangan aku, terjadi dialog;

S ; wey, kau dah bertunang? (sambil tunjuk cincin dengan keadaan terkejut)
aku ; a'ah, ni cincin tunang sebelah ni cincin kahwin ( aku pakai dua cincin)
S ; ish, ye ke? (muka gelabah takut kena belasah dengan suami aku)

tak sangka aku dia begitu lurus _________________;;

selalu gak aku kena macam ni,
soalan common
kadang kadang aku iye kan aja,
soalan soalan ni buat aku rasa tak sabar pulak nak bertunang
okay-lah, future husband cepat hantar rombongan,
lagi tujuh tahun kita kahwin
( berangan rob patt hantar rombongan )
lalalalalala.

Passion makes the world go round. Love just makes it a safer place - ICE T

Sunday, March 6, 2011

Kak Limah Dah Sampai.

Sedang nak tulis post ni, aku bukak tb, lagu John Legend, (dalam hati aku, what the hell-o John Legend beromen depan aku ni, tak senonoh ) aku ni-kan bermentaliti kanak kanak, mana suka tengok lucah lucah ni.

Walaupun dah basi, blueeekk!
( yela, selalu benda basi ni buat kita rasa nak muntah)
aku nak cakap gak pasal cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.

mula mula dengar nama tajuk filem ni
aku yang sememangnya tak berapa minat sangat filem melayu yang berbunyi pelik tajuknya
macam err,
tapi, tapi
bila aku dapat tahu ni sambungan filem zombie kg pisang
dan pengarahnya
hasan mutalib, eh, eh, salah
mamat khalid
aku pun terbuka hati nak tengok cerita ni.

siapa yang belum tengok tu,
ni bukan cerita hantu pun,
tapi masa mula mula aku tengok
ada part awie tegur kat limah di tepi tingkap mendongak ke langit tu,
pergh
cara dia tonjolkan kak limah tu bapak seram
ye-lah, tak seram pun sebenarnya
aku je yang penakut, lagi lagi aku tengok midnight movie dengan aunty-aunty aku

tapi yang sampai sekarang yang boleh dikatakan HEBAT pasal filem ni ialah
USOP!!!!
influence dia dalam filem ni boleh dikatakan contagious
hampir semua orang nak bako je

ayat famous dia ;

" Kita bako je.."
" Nampak sangatnya menipu.."
" tu-lah, dulu tak pentingkan english edution, sekarang dah bengap macam ni semua nak awok tolong..."

hinggakan adik aku dan mak aku
terpengaruh dengan si usop ni,
gaya tangan dan gaya cakap
adik aku jangan cakap ahh, bukan main pro
aku pun kadang kadang terlibat ( biasa-lah kanak kanak mudah terpengaruh)

satu lagi ayat famous oleh penduduk kampung pisang yang busybody ;

" Cecita, cecita (singkatan, cuba cerita) "

tapi bila cerita ni bagitahu yang kak limah ni gila
aku terus dapat agak Che' Nin tu hantu
ye-lah, kau pernah ke tengok dia cakap dengan bapak dia?
lagi satu si Ayu tu pun aku dah agak dia hantu,
mana la ada ada awek cun yang nak tegur orang tengah malam tepi semak,
sheesh,
kalau aku buat bodoh je.

Apa apa pun tak rugi pun tengok cerita ni,
Tengok tau! Tengok tau! Kalau tak, aku bako rumah kau, siapa setuju angkat tangan mcm usop!



The greatest discovery of my generation is that a human being can alter his life by altering his attitudes of mind - WILLIAM JAMES

Saturday, March 5, 2011

Garang.

Assalamualaikum.

Marah, marah, PMS ke youu?

aku ni jenis garang
kaki
lecture
kaki rasa nak pukul (tak sama dengan kaki pukul, ni rasa je)
tapi tapi
ini hanya berlaku
kepada kaum yang rasa kaum dia je yang reti tukar tayar
dan perempuan itu lemah
jarang aku nak garang garang dengan kaum yang comel lagi adorable ni.

Ya, memang aku diskriminasi,
misalnya perbualan ni (baru berlaku sangat fresh)

aku ; helo
mangsa ; helo
aku ; hahahahhahahahaha (gelak secara tiba tiba dengan cara pelik)

(ada la lagi benda aku cakap, last, last baru aku tau orang yang call aku tu bukan orang orang yang aku sangka, orang lain rupanya -.- )

aku ; kau nak apa?
mangsa ; aku bla bla bla bla (bajet suara manja nak kena pelempang)
aku ; apesal kau tergedik gedik dengan aku ni haa?
mangsa ; ala, jangan lah garang!

sekejap jadi peramah terus jadi garang
-.-'
apelah aku ni
aku bukan sengaja jadi garang
automatik.

kesian jugak dekat mangsa tengkingan aku ni,
maaf ya,

atas perangai aku yang pelik ni
aku dapat nama jolokan yang agak popular
" makcik garang "

ye-lah, aku cuba untuk tak garang lain kali.
(macam boleh je, pfftt)

I'm just a person trapped inside a woman's body - ELAYNE BOOSLER

Friday, March 4, 2011

Anak Youu.

Assalamualaikum.

Satu Malaya tahu,
biasanya budak yang baru habis SPM ni,
ada tiga benda penting dia kena buat;

1. tidur puas-puas
2. nak lesen! nak lesen!
3. bersidai di tempat kegemaran remaja yang tidak mempunyai perancangan semasa

aku pun dah buat ketiga tiga perkara di atas
hahahaha
ada kawan aku yang dah sambung belajar ( secubit jeles)
ada kawan aku yang kerja
tapi bagi anak gadis yang adorable dan cute seperti aku ( ye, aku perasan)
lagi senang bersenang angkat kaki
dan berlari keliling rumah walaupun rumah teres tak besar mana

sebenarnya bapak aku dan sekutu kutunya (makcik aku)
dah saiko aku habis habisan
akhirnya aku terpedaya (akukan kanak kanak yang mudah terpengaruh)
jadi aku lagi suka duduk rumah menghabiskan masa yang tak akan ulang balik
tapi tak ada-lah aku 100% membazir masa

ada-lah perkara yang bermanfaat aku buat
tak nak-lah cerita
riak tak pasal pasal (shuhh, shuhh, jauhkan)
akukan
humble lagi down-to-earth
hahahaha

aku naik sensitip pulak bila jiran/ kawan mak bapak aku
tanya
" anak you buat apa sekarang?'
mak aku ;
" oh, amik lesen bla bla bla"
atau (bila dia mood tak baik)
" tidur je kerja dia"
tapi kalau bapak aku ada satu je jawapan dia (ni bapak tak back up anak) ;
" buat taik mata..."

bapak aku memang suka memalukan aku
walaupun tak salah pun
statement dia
-.-'
tapi sudah pasti imej aku sebagai anak dara yang periang dan rajin
terjejas
( okay pernah ke aku ada imej ni, keliru, keliru, err )

tapi satu benda yang paling aku dambakan
bukan emas
bukan permata
bukan kebebasan

tapi

duit belanja -_-

We make a living by what we get, we make a life by what we give - SIR WINSTON CHURCHILL

Monday, February 28, 2011

Gir-Boy 2

Assalamualaikum.

(
kepada sesiapa yang membaca, inilah sambungan daripada post sebelumnya)

Pokoknya, aku akan bersikap gasar ( ganas dan kasar) di persekitaran di luar sekolah.
Atau lebih tepat, kalau ada kawan laki aku,
sebab ;
semestinya sebab aku dah terbiasa macam tu, lagi pun aku tak rasa itu sesuatu yang salah,
bukan la aku nak cakap okay jadi macam tu,
aku ada-lah sifat perempuan cuma aku tak lemah-lembut
aku belajar,
kalau nak cakap dengan lelaki
jangan cakap lemah-lembut, sebab nanti akan menimbulkan satu perasaan,
faham-faham sendiri, dah besar-kan?
sebab tu-lah bila
on call or face to face
seboleh-bolehnya aku nak telinga diorang pekak,
hahaha,
( cakap dengan perempuan pun macam tu gak, sama je )
aku pun nak buktikan yang tak semua perempuan gedik
aku pun tak suka perempuan gedik
rasa nak bako je, ( ayat ucop )
and satu lagi reason, ni pendapat aku-lah
aku nak gain respect diorang
ye-lah kaum yang limited ni-kan kaki buli
so, aku tak akan sesekali bagi diorang buli aku or kawan aku
try-lah
aku bakar rumah kau nanti!
tak pun aku call talian nur
haha,
gunakan kemudahan sepenuhnya.

aku ada beberapa kisah ;

1. ada satu hari, aku dengan kawan-kawan aku study sama-sama kat dewan tempat kitaorang lepak
( ceh, bunyi macam budak jahat )
depan rumah kawan aku-lah dewan tu
sepatutnya ramai, tapi semuanya memberi alasan tersendiri
( bila bab belajar je, bukan main liat )
dalam dewan ada 2 kawan lelaki, dan aku

aku ; wey, mana pika ni? kata nak datang..
A; asal, kau takut ke? lek ahh, kau kan laki.
aku ; heh, takut kepala hotak kau (senyum sinis)

2. kitaorang ada reunion esok harinya

aku ; aku ingat nak menyamapar ahh esok
H; kau nak menyamar jadi apa?
aku ; jadi laki..
H ; eh? kau perempuan ke?
aku ; yela, lupa pulak (layaaannn)

3. sedang asyik berbual pasal further study, tiba-tiba

I; aku rasa kau ni kekurangan hormon la
aku; hah?
I; ala, hormon perempuan tu (dia nak refer la yang aku ni tak macam perempuan)
aku; yela, aku pun rasa (layan lagi..)

sebenarnya diorang ni agak siot juga,
tapi aku tak kesah pun
dorang pun suka je kawan dengan aku
aku okay je, tak ada hal punya
asal dorang respect aku dah-la
ye, tak semestinya anda perlu menjadi perempuan gedik terkinja-kinja untuk berkawan dengan lelaki!



To succeed is nothing, it's an accident. but to feel no doubts about oneself is something very different: it is character - MARIE LENERU

Gir-Boy

Assalamualaikum.

First common thought; What the hell is gir-boy? Err, kau ni..

Kenyataan di atas hanyalah apa yang aku fikirkan secara normal berdasarkan pemikiran sendat manusia, haha (
okay, that was a joke )

People might not know or ever notice or they noticed it but don't really care.
( anything-lah -.- )
I actually have not one! not double! not triple! but many, MANY personality
we don't called it hypocrite for this kind of people ( i was this 'kind' , perhaps )

HAMPIR semua kawan-kawan aku tahu aku ni jenis yang bermacam-macam
dan semuanya mengikut tempat yang di-spesifik-kan
( ye-lah, habis tu korang aspect semua nak ikut kepala kau-lah, sebab tu ramai rasa dia ada kawan tapi sebenarnya semua orang duk pi kutuk belakang)
semestinya aku tak nak jadi macam seperti yang orang lain fikirkan.

Mari kita mulakan dengan zaman tadika aku, jom! jom!

Saya Nur Izzati (masa dulu dulu nama aku Nur Izzati, lepas dapat IC baru aku tahu nama aku sebenarnya Nurizzati, dan aku tahu korang mesti nak cakap kecoh ahh, sama je pun! Tak sama youu, sebut pun dah lain. Tu la yang buat aku jadi bangga, nama aku unik tak seperti Izzati lain, hahaha )

Aku dibesarkan dengan rambut yang pendek dan perangai yang nakal tak ubah seperti lelaki
( kalau siapa yang ada tengok gambar aku masa kecik, semua budak perempuan pun bakal minat kat aku, dengan putih melepak dan handsome, dan tak sedar fakta yang tu gambar perempuan )
Masa budak budak lain buat reading, aku dan beberapa lagi budak lelaki yang nakal bermain pukul pukul kat belakang,
budak lelaki pun berminat nak main dengan aku, entah apa apa je,
mungkin diorang pun tak sedar aku ni perempuan dan aku pun tak sedar aku ni perempuan
-.-

mari ke sekolah rendah ;

Saya masih Nur Izzati, dan masih mengekalkan watak yang sama,
walaupun begitu, tahap kelakian makin menurun
mula menampakkan ciri-ciri perempuan
tapi still aku tak boleh hilang-kan sifat laki tu.

sekolah menengah ;

dah masuk sekolah perempuan
adalah sangat tidak logik untuk menunjukkan anda berperangai kelakian
tak nak aku kena cop tomboy -.-
perangai seperti perempuan biasa di sekolah
gelabah dan kalut dah sebati dalam diri
tapi bila cuti sekolah, kalau keluar dengan kawan sekolah rendah aku tak boleh-lah jadi macam kat sekolah sangat, aku ada sebab.

-bersambung-