Friday, March 4, 2011

Anak Youu.

Assalamualaikum.

Satu Malaya tahu,
biasanya budak yang baru habis SPM ni,
ada tiga benda penting dia kena buat;

1. tidur puas-puas
2. nak lesen! nak lesen!
3. bersidai di tempat kegemaran remaja yang tidak mempunyai perancangan semasa

aku pun dah buat ketiga tiga perkara di atas
hahahaha
ada kawan aku yang dah sambung belajar ( secubit jeles)
ada kawan aku yang kerja
tapi bagi anak gadis yang adorable dan cute seperti aku ( ye, aku perasan)
lagi senang bersenang angkat kaki
dan berlari keliling rumah walaupun rumah teres tak besar mana

sebenarnya bapak aku dan sekutu kutunya (makcik aku)
dah saiko aku habis habisan
akhirnya aku terpedaya (akukan kanak kanak yang mudah terpengaruh)
jadi aku lagi suka duduk rumah menghabiskan masa yang tak akan ulang balik
tapi tak ada-lah aku 100% membazir masa

ada-lah perkara yang bermanfaat aku buat
tak nak-lah cerita
riak tak pasal pasal (shuhh, shuhh, jauhkan)
akukan
humble lagi down-to-earth
hahahaha

aku naik sensitip pulak bila jiran/ kawan mak bapak aku
tanya
" anak you buat apa sekarang?'
mak aku ;
" oh, amik lesen bla bla bla"
atau (bila dia mood tak baik)
" tidur je kerja dia"
tapi kalau bapak aku ada satu je jawapan dia (ni bapak tak back up anak) ;
" buat taik mata..."

bapak aku memang suka memalukan aku
walaupun tak salah pun
statement dia
-.-'
tapi sudah pasti imej aku sebagai anak dara yang periang dan rajin
terjejas
( okay pernah ke aku ada imej ni, keliru, keliru, err )

tapi satu benda yang paling aku dambakan
bukan emas
bukan permata
bukan kebebasan

tapi

duit belanja -_-

We make a living by what we get, we make a life by what we give - SIR WINSTON CHURCHILL

2 comments:

you can call me SNOW (: said...

OMG , matlamat kau same ngn aku doe (:

pelangi said...

yahh! sep baby! haha,