Monday, May 21, 2012

Pekakkan telinga lancangkan mulut.

Assalamualaikum.

Pernah menjadi seorang yang puitis dulu.
Dan masih lagi puitis walaupun dah tak ada lagi hasil baru.
Baru aku sedar.
Sikap seorang pemuitis.
Melalui puisinya, kita tahu dia nak menceritakan sesuatu tapi
kita tak dapat faham secara terus.
Ingin berkongsi tapi ego.
Makin susah nak faham puisi makin besar egonya.
Hendak meluah tanpa dapat simpati.
Hendak mengeji tak mahu dikeji.
Kalau pendam rasa seksa.
Macam batu tersekat di dada.
Nak jerit tapi kotak suara tak nak.
Rasa nak marah tapi mengarut.
Meronta ronta dengan diri.

Kadang kadang rasa bagus tampar diri sendiri
dan pengsan sampai rasa diri sedia nak bermuka tembok.

Satu kepuasan bila apa yang hendak disampaikan
tak dapat difahami orang lain.
Betapa nak tunjuk,
kau adalah kau, aku adalah aku.

Macam sadis.
Memang.